Seminar Penolong Akauntan Sektor Awam Tahun 2015 ‘GROOM & BOOM YOUR IMAGE’

IMG_6672

Seminar Penolong Akauntan Sektor Awam Tahun 2015 ‘GROOM & BOOM YOUR IMAGE’

Seminar kali ini dengan tema  Groom & Boom Your Image’  usahasama UPKK, BPPP dengan  Persatuan Penolong  Akauntan JANM Putrajaya (PERPENA)  telah diadakan di Dewan Serbaguna JANM, pada 25 hingga 26 Mei 2015. Seminar dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Saat Bin Esa, Timbalan Akauntan Negara (Korporat). Sasaran kehadiran peserta tercapai dengan kehadiran seramai 286 orang dari Ibu Pejabat, Cawangan, Kementerian serta Badan-badan Berkanun di seluruh Malaysia.   PERPENA juga telah melancarkan portal Persatuan Penolong Akauntan JANM sebagai satu platform bagi perkongsian maklumat disamping menjadi wadah interaksi dua hala antara Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dengan ahli-ahli PERPENA serta dapat memberi peluang untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran yang ada bagi mempertingkatkan tahap profesionalisma dari masa ke semasa.

Objektif seminar kali ini bagi menerapkan budaya kerja berasaskan ‘Best Practies’ untuk meningkatkan kecemerlangan penyampian perkhidmatan kepada pelanggan dan pemegang kepentingan oleh Penolong Akauntan dalam perkhidmatan awam.   Selain itu seminar ini juga dapat meningkatkan tahap motivasi, memperbaiki, mempertingkatkan dan memperkasakan prestasi kerja di kalangan Penolong Akauntan serta berkeyakinan ketika berkomunikasi serta berhadapan dengan pihak atasan.

 

Terdapat lima slot motivasi yang di sampaikan oleh Amin Idris Training Consultant seperti di bawah:

Slot 1 : Asas Pengurusan Imej & Seni Memilih Warna

Slot 2 : Stail, Personaliti & Etika Profesioanl Pemakaian

Slot 3 : Komunikasi Berpengaruh

Slot 4 : Pemantapan Imej

Slot 5 : Seni, Sains & Strategi dalam Komunikasi  Profesional                                              

Melalui transformasi, Penolong Akauntan dapat melengkapkan diri dengan ilmu yang berkualiti, ketrampilan dan integriti tinggi bagi memacu agenda transformasi sektor awam yang telah dirancang.

Comments Are Closed!!!
Web Design MymensinghPremium WordPress ThemesWeb Development

SURAT PENUTUPAN AKAUN KERAJAAN 2015

Surat Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2015 telah dikeluarkan. Sila layari Portal ANM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

SLIP ARAHAN CALON PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN W17 & W27 BIL. 2/2015

Dimaklumkan bahawa slip arahan calon bagi calon-calon yang mengambil Peperiksaaan Subjek Jabatan W27 & W17 Bil. 2/2015 boleh dicetak di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia bahagian e-Peperiksaan

Tema Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM Tahun 2015

Tema Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM Tahun 2015 - Inovasi dan Integriti Merealisasi Perakaunan Akruan

Seminar Penolong Akauntan 2015 – ‘Groom & Boom Your Image’

Seminar Penolong Akauntan 2015 – ‘Groom & Boom Your Image’ bersama Amin Idris pada 25-26 Mei 2015 di Dewan Serbaguna JANM
Jumlah Pelawat