Pertandingan Mencipta Logo PERPENA

IKLAN

Pertandingan Mencipta Logo PERPENA

Dengan sukacita Persatuan Penolong Akauntan JABATAN AKAUNTAN NEGARA(PERPENA) ingin mempelawa ahli PERPENA untuk menyertai pertandingan mencipta logo PERPENA.

 

 

 

 

 

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERADUAN MENCIPTA LOGO PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)
1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada SEMUA ahli PERPENA samada secara
individu atau berkumpulan;

2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya
satu logo sahaja dipilih sebagai pemenang utama;

3. Rekabentuk logo hendaklah hasil ciptaan yang asli dan mengikut kreativiti masing-masing:

4. Setiap logo yang dikemukakan perlulah membawa maksud PERPENA samada dalam
Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris;

5. Rekabentuk logo bolehlah dicipta samada dengan lukisan tangan atau menggunakan
grafik komputer serta hendaklah dihantar dalam dua (2) bentuk berikut:
(a) Dalam saiz A4 (ukuran 21cm X 29.7cm) berwarna putih dalam bentuk “sketches”
atau “painting”;
(b) Dalam bentuk softcopy menggunakan format AI (adobe illustration) dan JPEG
resolusi minimum 1280 x 960.

6. Rekabentuk logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) warna yang terdapat
pada bendera JANM;

7. Logo yang dicipta hendaklah:
(a) Mempunyai penjelasan atau maksud atau rasional
(b) Asli
(c) Tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif serta boleh
menyinggung mana-mana pihak;

8. Semua logo yang diterima oleh Jawatankuasa Mencipta Logo PERPENA akan menjadi hak
milik Persatuan (PERPENA) dan tidak akan dikembalikan. PERPENA berhak ke atas logo
yang terpilih samada untuk dipinda atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk
digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara dan program
Persatuan;

9.Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 10 April 2015:

Urusetia Pertandingan Mencipta Logo PERPENA
d/a Bahagian Akaun
Kementerian Kewangan Malaysia
Aras 1 & 2, Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No.1 Persiaran Perdana, Presint 2
62594 PUTRAJAYA
Tel : (03) 88869602 – En. Fadzli bin Mat Arifin
Tel : (03) 88821000 Samb. 1784 – En. Mohd Shahrizan

 

10. Borang Penyertaan boleh didapati di Portal PERPENA www.perpena.org atau di
Facebook: PERPENA

11. Pemenang akan menerima hadiah yang bernilai RM1,500 (RINGGIT MALAYSIA: SATU
RIBU LIMA RATUS SAHAJA) beserta sijil penyertaan;

12. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

 

MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Comments Are Closed!!!
Web Design MymensinghPremium WordPress ThemesWeb Development

SURAT PENUTUPAN AKAUN KERAJAAN 2015

Surat Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2015 telah dikeluarkan. Sila layari Portal ANM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

SLIP ARAHAN CALON PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN W17 & W27 BIL. 2/2015

Dimaklumkan bahawa slip arahan calon bagi calon-calon yang mengambil Peperiksaaan Subjek Jabatan W27 & W17 Bil. 2/2015 boleh dicetak di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia bahagian e-Peperiksaan

Tema Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM Tahun 2015

Tema Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM Tahun 2015 - Inovasi dan Integriti Merealisasi Perakaunan Akruan

Seminar Penolong Akauntan 2015 – ‘Groom & Boom Your Image’

Seminar Penolong Akauntan 2015 – ‘Groom & Boom Your Image’ bersama Amin Idris pada 25-26 Mei 2015 di Dewan Serbaguna JANM
Jumlah Pelawat