Laporan Aktiviti

Category Archives:Laporan Aktiviti

IMG-20150330-Serahan Banjir 2

Laporan Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Menyedari keperitan dan kesusahan yang dihadapi oleh ahli Persatuan Penolong Akauntan (PERPENA) di Kelantan sumbangan wang tunai telah diberikan kepada 12 orang pegawai ekoran bencana banjir yang melanda pada Disember 2014.

Sumbangan berjumlah RM 200.00 telah disampaikan oleh Presiden PERPENA Encik Munawir b. Mohd Rukun kepada setiap ahli PERPENA di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Negeri Kelantan.

 

Laporan Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir

Senarai Penerima Sumbangan

mesyagung4

Mesyuarat Agung Kali Pertama PERPENA

Mesyuarat Agung Kali Pertama telah diadakan pada 14 Mei 2014 di Hotel Everly, Putrajaya bagi pembubaran Ahli Jawatankuasa Penaja (Protem) Persatuan Penolong Akauntan JANM Putrajaya. Pemilihan AJK baru telah dilakukan dengan keputusan ahli mesyuarat mengekalkan AJK penaja sebagai AJK sesi 2014/2015.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PERPENA sesi 2014/2015 yang telah dipilih dan dilantik oleh ahli mesyuarat:

Presiden : Encik Munawir bin Mohd Rukun (BPAD)

Timbalan Presiden : Encik Ahmad Yazid bin Md. Lani (BPAD)

Bendahari : Encik Arif bin Awang (MINDEF)

Setiausaha : Puan Zalshamsuri binti Mohd Yaacob (BA MOF, JANM)

Pen. Setiausaha : Cik Kaslinda binti Sudin (BPPP)

Ahli Jawatankuasa

  1. Puan Vasugi M.Sethu (Hospital Pulau Pinang)

  2. Encik Azelan bin Tuman (KASTAM)

  3. Puan Nor Azah binti Md Ali (KKR)

  4. Encik Fadzli bin Mat Ariffin (BPOPA)

  5. Puan Norlaili binti Saifi (BA MOF, JANM)

  6. Puan Misrah binti Jais (BPAD)

  7. Puan Madihah binti Md Nor (JPJ Putrajaya)

Ahli Jawatankuasa (Ketua Zon)

  1. Zon Timur – Tn. Hj. Umar bin Simam (Bendahari Negeri Pahang)

  2. Zon Selatan – Tn. Hj. Zailudin bin Salimon (PKN Johor)

  3. Zon Sarawak – bertukar

  4. Zon Sabah – bertukar

  Pemeriksa Kira-Kira I : Cik Sakinah binti Mohamed Yunus (IPG Kampus Bahasa Melayu)

Pemeriksa Kira-Kira II : Puan Zamzarina binti Hasbi (BA MOF, JANM)

mesyagung7 mesyagung6 mesyagung5 mesyagung4  mesyagung2

Web Design MymensinghPremium WordPress ThemesWeb Development

SURAT PENUTUPAN AKAUN KERAJAAN 2015

Surat Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2015 telah dikeluarkan. Sila layari Portal ANM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

SLIP ARAHAN CALON PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN W17 & W27 BIL. 2/2015

Dimaklumkan bahawa slip arahan calon bagi calon-calon yang mengambil Peperiksaaan Subjek Jabatan W27 & W17 Bil. 2/2015 boleh dicetak di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia bahagian e-Peperiksaan

Tema Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM Tahun 2015

Tema Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM Tahun 2015 - Inovasi dan Integriti Merealisasi Perakaunan Akruan

Seminar Penolong Akauntan 2015 – ‘Groom & Boom Your Image’

Seminar Penolong Akauntan 2015 – ‘Groom & Boom Your Image’ bersama Amin Idris pada 25-26 Mei 2015 di Dewan Serbaguna JANM
Jumlah Pelawat