Aluan Presiden

sek

Pres

 

MUNAWIR BIN MOHD RUKUN
PRESIDEN PERPENA SESI 2014/2015

Assalammualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayahNya, dapat kita bersama-sama bersua di Laman Sesawang PERPENA.

Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Biro Publisiti dan semua AJK PERPENA di atas segala kerjasama dan kesepakatan dalam membangunkan laman sesawang ini sebagai salah satu platform bagi perkongsian maklumat.

Kita sediamaklum, dalam kekangan masa di luar sana dan kadang kala berlaku pertembungan waktu untuk memenuhi tanggungjawab serta keperluan tugasan harian yang akan membataskan penglibatan kita dalam aktiviti persatuan yang diadakan. Harapan saya, dengan adanya laman sesawang ini akan menjadi wadah interaksi dua hala antara Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dengan ahli-ahli PERPENA serta dapat memberi peluang untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran yang ada bagi mempertingkatkan tahap profesionalisma dari masa kesemasa. Gunakanlah peluang serta kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik-baiknya demi kebaikan kita bersama. Saya juga mengalu-alukan pandangan positif dan cadangan penambahbaikan bagi memartabatkan Perkhidmatan Penolong Akauntan.

Akhir kata dari saya, harungilah hari-hari yang mendatang dengan semangat dan jiwa kental bagi meneruskan usaha-usaha dan mengembeling tenaga untuk memajukan Perkhidmatan Penolong Akauntan yang kita sayangi.

Marilah sama-sama kita menggalas tanggungjawab serta menyebarkan berita dan mengajak teman-teman untuk menjadi ahli PERPENA. Insya-Allah kita akan mendapat manfaat daripadanya.

Sekian, terimakasih kerana melayari laman sesawang PERPENA.

 

“PERPENA BERSAMA ANDA”

Web Design MymensinghPremium WordPress ThemesWeb Development

SURAT PENUTUPAN AKAUN KERAJAAN 2015

Surat Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2015 telah dikeluarkan. Sila layari Portal ANM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

SLIP ARAHAN CALON PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN W17 & W27 BIL. 2/2015

Dimaklumkan bahawa slip arahan calon bagi calon-calon yang mengambil Peperiksaaan Subjek Jabatan W27 & W17 Bil. 2/2015 boleh dicetak di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia bahagian e-Peperiksaan

Tema Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM Tahun 2015

Tema Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM Tahun 2015 - Inovasi dan Integriti Merealisasi Perakaunan Akruan

Seminar Penolong Akauntan 2015 – ‘Groom & Boom Your Image’

Seminar Penolong Akauntan 2015 – ‘Groom & Boom Your Image’ bersama Amin Idris pada 25-26 Mei 2015 di Dewan Serbaguna JANM
Jumlah Pelawat